Saturday, 17 November 2012

HIJRAH

Hijrah ialah Perpindahan Nabi Muhammad S.A.W dan pengikutnya (pada zaman itu) daripada Mekah ke Madinah kerana mentaati Perintah Allah. Hijrah juga adalah usaha untuk Memperkukuh kedudukan Islam serta merupakan strategi baru untuk menyebarkan agama Allah. 

Berhijrah daripada buruk kepada baik. Jika sudah baik, berusahalah untuk menjadi lebih baik. "Ya, cikgu saya cakap, result saya kali ini lebih baik daripada yang lepas". Maka, berjuanglah untuk menjadi yang terbaik. 


Manusia melihat 'Hijrah' daripada pelbagai skop berbeza.

Kata penceramah- berubahlah! Jauhi mungkar. Dekati maa'ruf ! Kata ayah dan Ibu yang tidak jemu menasihati- Sudahlah, Jangan ulang kesalahan lalu.. atau ada juga ibu bapa yang berkata : Nak, jangan buat ini.. buat yang itu..  Kata sahabat- Jom hijrah! Aku nak jadi Baik. Korang nak ikut tak ? 

Namun, Hijrah yang sebenar adalah bukan sekadar manis kata-kata, hujah menikam jiwa, anggukan tanda ia atau Janji tetapi tidak dikota. 

Tapi, Hijrah adalah Tindakan. Tindakan yang Dilaksanakan. Reaksi kita, apabila menyambut Maal Hijrah. Yang datangnya setiap tahun. Yang datangnya setiap 1 Muharram. Sudah 1434 tahun yang lalu, Nabi Muhammad S.A.W berhijrah meninggalkan mekah dan menjadi pemimpin Madinah. Islam tersebar luas di Al-Munawwarah. Ma sya Allah..


Info Hijrah
Haa.. mungkin ada yang masih tidak tahu menahu bagaimana peristiwa hijrah berlaku. Maka, berubahlah. Berusahalah untuk ambil tahu. Peristiwa Hijrah merupakan peristiwa penting dalam Sejarah Perkembangan Islam. 

Lalu apakah tindakan kita? Apa reaksi kita? Entah doa awal dan akhir tahun juga lupa dibaca. Bagaimana keadaan kita? Semakin Buruk atau Semakin Baik ?


Ayuhlah saudara. Rangka perancangan untuk kita lalui tahun 1434H ini dengan cara yang Terbaik. Jangan biarkan ia sekadar tercatat di atas kertas malah jadikan ia satu realiti penuh bermakna dalam kehidupan baru. Sesungguhnya Allah meredhai apa sahaja usaha walau ia lebih kecil daripada zarah asalkan ia taqarrub ila Allah dan Allah menerima apa sahaja kebaikan asalkan ia Lillahi Ta'ala :D 


Selamat Berhijrah! 


No comments:

Post a Comment