Jauhilah perdebatan yang tidak berguna, majlis yang sia-sia dan teman yang bodoh, kerana tman itu penarik, tabiat itu pencuri dan mata itu perampas.
Bagaimana mungkin anda menggantungkan diri ke pintu penguasa dan pemimpin, sedangkan diri anda anda ada dalam genggaman Allah s.w.t. Tuhan alam semesta.
Jangan meminta harta kepada orang yang susah dam miskin dan jangan mengeluh kepada orang yang sedang terluka.
Kirimkan surat pada waktu fajar: dakwatnya adalah air mata, kertasnya adalah pipi tukang posnya adalah harapan dikabulkan dan alamatnya adalah ke Arasy. Lalu tunggulah jawapannya.
Jika anda bersujud, maka khbarkan kepada-Nya segala urusan kamu secara perlahan-lahan, kerana Dia Maha Mengetahui perkara yang rahsia dan tersembunyi.
Orang-orang di samping kamu tidak dapat mendengar kamu, kerana cinta mempunyai titik rahsia sedangkan orang-orang dengki kepada anda.
Perkara itu dapat memadamkan kebakaran, menyelamatkan kamu daripada tenggelam, mengetahui jalan dan merupakan perjanjian yang kuat.
Kegembiraan merupakan titipan, kesedihan adalah kifaratnya, kemarahan adalah keburukannya, kekosongan adalah kerugian, ibadah adalah perdagangan.
Penyesalan kamu adalah pen, pengkhianatan kamu adalah dakwat, teman kamu adalah buku,
milik kamu adalah rumah kamu, kekayaan kamu adalah kekuatan kamu.Jangan menyesali apa yang telah luput dari kamu.
No comments:
Post a Comment