Iktibar daripada sebatang Pensel ~
Pernah seorang anak lelaki bertanya
kepada ibunya yang sedang menulis.
"Apa
ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Atau pengalaman ibu?"
"Ibu
menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu
pensel ini."
"Apa
yang istimewa tentang pensel ini?"tanya si anak.
"Ibu
berharap hidumu adalah sepertipensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada lima
nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu?"
"Ya
ibu."
Pertama, pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat
sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang
memegangnya,. Maka ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu
iaitu Allah s.w.t. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.
Kedua, ketika menulis, pensel kerap menjadi
tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita
ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu
juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana
ia menjadi daja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.
Ketiga, pensel ini mungkin menghasilkan
tulisan yang salah. Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini
semula. Begitulah yang ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah
memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana
denganmemperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.
Keempat,
tahukah anak ibu mana yang lebih penting ;luar atau isi pensel ini? Sudah tentu
arang atau karbon di dalamnya. Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yang
tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.
Kelima,
pensel ini selalu meninggalkan tanda atau
goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat pasti akan meniggalkan kesannya
pada diri atau pada orang lain. Ibu berharap kamu akan selalu berhati-hati dan
bijak dalam bertindak.
Inilah kata-kata yang baik untuk si anak membawa prinsip yang positif. Wahai ibu bapa, jangan berputus asa. Apa sahaja kata-kata semangat yang kita ulang-ulangkan kepada anak-anak(walau nampak seperti mereka tidak mengendahkan)pasti akan memberi kesan dalam jiwa mereka.
No comments:
Post a Comment